-->
� Pimp-My-Profile.com
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
skip to main | skip to sidebar

kESusasTErAaN MelAYu dAN komUNIkaTiF

 

Monday, 25 June 2012

GAYA BAHASA



1. Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai 
alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap
 sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.
2. Berikut diberikan bebrapa istilah-istilah gaya bahasa
 yang perlu difahami oleh pelajar:

a. Diksi
i. Bermaksud pemilihan kata
ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang 


b. Ayat
i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan
menyusun ayat dalam karyanya
ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang 
atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya

c. Personafikasi
i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan 
sifat manusia kepada benda-benda lain
ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, 
tindak-tanduk dan perlakuan
iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah
 digunakan ialah daun nyuir melambai-lambai dan rumpu
t menari-nari ditiup angin

d. Simile
i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis
 bagai menyatakan sesuatu perkara.
ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, 
umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan 
kucing,kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing

e. Metafora
i. Perbandingan setara secara terus atau langsung
 yang digunakan oleh penulis
ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

f. Hiperbola
i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan 
oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
 daripada maksud sebenar
ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

g. Sinkope
i. Bermaksud penyingkatan kata
ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

h. Rima
i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang
 antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir
iii. Perhatikan rima pantun berikut:

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah di saun kayu.

i. Asonansi
i. Pengulangan bunyi vokal yang sama
 dalam baris-baris puisi
ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u 
dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

j. Aliterasi
i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama
 dalam baris-baris puisi
ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k
 dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

k. Perlambangan
i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk
 menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau
 peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna 
yang lebih mendalam,
ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan,
 senjamelambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 06:02

0 comments  

SAJAK



CONTOH SAJAK

Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara
kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !


Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau… dadah durjana


Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah


Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara

hasil ciptaan 


Tatkala mentari membayangi mendung
dasar lautan bergelora membelah ruang
lalu menolak gelombang hangat ke wajah tenang pantai
jasad yang merenung takdir itu
kaku
tubuh yang gagah mulai lemah
semangat yang membara mulai gentar
bingung mentafsir bahasa alam
sedang ombak menganas
memusnah dalam diam 
membadai seluruh lautan
dan manusia pun tenggelam
hilang dahan berpaut
nyawa nan ringan di ambang maut.
tubuh yang gagah mulai lemah
semangat yang membara mulai gentar
  


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 06:00

0 comments  

Thursday, 14 June 2012

TEROMBA

CONTOH TEROMBA


Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai, benar seukur
Bulat segolek, pipih selayang
Rundingan jangan selisih
Muafakat jangan bercanggah

Tuah pada sekata
Berani pada seia
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Sama sakit sama senang
Ke bukit sama mendaki
Ke lurah sama menuruni sama mengayun sama melangkah

Jika khabar baik diberitahu
Jika khabar buruk serentak didatangi
Jika jauh ingat-mengingat
Jika dekat temu-menemui

Dapat sama laba
Hilang sama rugi.


JENIS/FUNGI

Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk


Fungsi teromba
-Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.
-Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk
-Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
-Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
-Rima akhir teromba adalah tidak tetap
-Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
-Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
Contoh,
R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
-Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

HASIL CIPTAAN



sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 03:11

0 comments  

Wednesday, 13 June 2012

MANTRA



CONTOH MANTRA


1: Mantra Kuat Tenaga

Bismillahirrahmanirrohim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Kuminta tinggalkan insanku
Kuminta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kodrat sayyidina ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah

2: Mantra “Pengering” Olahraga (membuat lawan bermain gentar)

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum...mualaikum salam
Harimau datang mayat semua menanti
Mayat datang harimau semua menanti
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah

3: Mantra Pengeras Tendangan

Bismillahirrahmanirrohim
Auzubilla minannar arrim
Mufaiza hatal ya rasulullah iza kital maut
Mim kepalaku, bahuku nun
Pusatku dal
Kakiku alam-tubuhku
Aku kasih Allah


PERANAN /CIRI2


Mantra boleh diartikan sebagai susunan kata yang berunsur puisi (seperti rima dan irama) yang dianggap mengandungungi kekuatan ghaib, biasanya diucapkan oleh dukun atau pawang untuk menandingi kekuatan ghaib yang lain. Dalam sastera Melayu lama, kata lain untuk mantra adalah jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja, seru dan tangkal. Mantra termasuk dalam genre sastera lisan yang popular di masyarakat Melayu, sebagaimana pantun dan syair. Hanya saja, penggunaannya lebih eksklusif, kerana hanya dituturkan oleh orang tertentu saja, seperti pawang dan bomoh (dukun). Menurut orang Melayu, pembacaan mantra diyakini dapat menimbulkan kekuatan ghaib untuk membantu meraih tujuan-tujuan tertentu. Secara umum, mantra dapat dibagikan ke dalam empat jenis berdasarkan tujuan pelafasannya, iaitu: (1), mantra untuk pengubatan; (2),mantra untuk ‘pakaian’ atau pelindung diri; (3), mantra untuk pekerjaan; dan (4), mantra adat-istiadat.
Dari segi bentuk, mantra sebenarnya lebih sesuai digolongkan ke dalam bentuk puisi bebas, yang tidak terlalu terikat pada aspek baris, rima dan jumlah kata dalam setiap baris. Dari segi bahasa, mantra biasanya menggunakan bahasa khusus yang sukar dipahami. Adakalanya, dukun atau pawang sendiri tidak memahami erti sebenarnya mantra yang ia baca; ia hanya memahami bila mantra tersebut dibaca dan apa tujuannya. Dari segi penggunaan, mantra sangat eksklusif, tidak boleh dituturkan sembarangan, karena bacaannya dianggap keramat dan tabu. Mantra biasanya diciptakan oleh seorang dukun atau pawang, kemudian diwariskan kepada keturunan, murid ataupun orang yang ia anggap akan menggantikan fungsinya sebagai dukun. Kemunculan dan penggunaan mantra ini dalam masyarakat Melayu, berkaitan dengan pola hidup mereka yang tradisional dan sangat dekat dengan alam. Oleh sebab itu, semakin modern pola hidup masyarakat Melayu dan semakin jauh mereka dari alam, maka mantra akan semakin tersisihkan dari kehidupan mereka.


HASIL CIPTAAN

MANTRA RAJIN BELAJAR


bismilahirohmanirohim
bangun hati bangunlah diri
bangun dari lena yang panjang
pergi syaitan aku halau pergi
bebaskan aku dari kegelapan,
langit cahaya dan juga mentari
datang ke sini masuk ke hati,
terangi ia agar mudah ku pelajari
dengan izin allah ia menjadi,




sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 04:48

0 comments  

Monday, 11 June 2012

TALIBUN



CONTOH TALIBUN

Mencari ikan di dalam lubuk
Ikan gabus banyak dinanti
Lubuk dalam tanah tertimbun
Setiap hari bermain facebook
Bosan rasanya status berganti
Perkenankan hamba lantunkan talibun
Punai hinggap di kayu rapuh
Batang dipenuhi dedaunan coklat
Lama tak dikecup sinar mentari
Selagi melarat munajat bersimpuh
Ketika lapang lupakan solat
Sejadah dikunci dalam almari
Selasih di rimba Jambi
Rotan ditarik orang pauh
Putus akarnya di jerami
Kasih pun baru dimulai
Tuan bawa berjalan jauh
Itu menghina hati kami.
Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanakpun cari
Induk semang cari dahulu

PERANAN/CIRI2
Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara. Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas) Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara Ciri-ciri  


Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut
Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.
HASIL CIPTAAN
hari ahad hari minggu
pergi ke pasar mencari ikan
untuk dimasak diwaktu tengahhari
jika kita sayangkan ibu
segala suruhan hendaklah dilaksananakan
kelak diri kita turut disayangi

hujan turun dengan lebat
pulang ke rumah menaiki motor
motor ditongkat menggunakan kaki
untuk menjadi orang yang hebat
rajinkan mulut untuk menegur
kelak diri akan dihormati,

anak ikan berenang ditepian
sambil berenang mencari ibunya
penat berehat setelah mencari
kita diajar supaya bersopan
hormati  pula yang lebih tua
kelak diri akan disanjungi




sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 04:42

0 comments  

GURINDAM



CONTOH GURINDAM


Berikan aku sehembus cinta
biar kudinginkan jiwa meronta.


Hulurkan aku secubit kasih
menyebar belas takkan tersisih.


Tebarkan padaku sejambak simpati
harumlah nanti membujuk hati.


Kurela hadirnya semangat membara
tak gusar kutempoh hangat sang lara.


Sinaran ikhlas pada malam meminjam
merajai siang hingga aku terpejam.


Mutunya pada kesucian cinta
walau dipinta tak terjangkau tinta.

BENTUK DAN CIRI2 GURINDAM

Gurindam termasuk salah satu bentuk karya sastera lama. Ciri-ciri gurindam adalah seperti berikut.Pertama, gurindam dibangun atas dua baris dalam setiap baitnya. Kedua, setiap baris biasanya terdiri kepada 12 suku kata. Ketiga, antara baris pertama dan baris kedua memiliki hubungan sebab akibat. Keempat, persajakannya sama iaitu a-a, ertinya setiap akhir kata dibangun atas persamaan bunyi. Jadi antara baris pertama dengan baris kedua memiliki persamaan bunyi. Kelima, ditinjau dari segi isinya, gurindam berisi nasihat. Nasihat itu umumnya berhubungan dengan kehidupan keagamaan atau kehidpan sosial. Hal ini menunjukkan bahwa gurindam selain sebagai seni sastera, ianya juga ditakrifkan untuk menyampaikan ajaran moral dan norma agama. Ini dilakukan mengingat pada saat itu masyarkat Nusantara begitu akrab dengan sastera sebagai salah satu seni yang mendarah daging. Salah satu sasterawan yang terkenal dengan karya sastera gurindamnya adalah Raja Ali Haji. Gurindam beliau yang paling terkenl adalah gurindam dua belas. Disebut demikian kerana memang isi gurindam ini dibangun atas dua belas baris. 

HASIL CIPTAAN

barang siapa takutkan allah
segala kemungkaran pasti ditegah

barang siapa takutkan dosa
segala amalan pasti dijaga

barang siapa meninggalkan sembahyang
bagai rumah tidak bertiang

barang siapa meninggalkan zakat
tidaklah hartanya memperolehi berkat

barang siapa menderhakai ibu bapa
tidak dapatlah dia masuk ke syurga

barang siapa dekati dengan zina
makin senang syaitan untuk menggoda,

barang siapa mengambil mudah soal agama
kelak diakhirat pasti sengsara

barang siapa amalannya dijaga
ganjarannya itu sudah pasti pahala

barang siapa menolak hukum agama
ganjarannya itu pastilah dosa,

barang siapa inginkan syurga
perintah allah haruslah dilaksana

barang siapa mempersendakan agama
balasannya nanti adalah neraka

barang siapa menjaga menjaga lidahnya
itulah lambang keperibadiannya,

barang siapa ingingkan ukhrawi
amalan harus seimbang semasa di duniawi




sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 01:12

0 comments  

Thursday, 7 June 2012

SELOKA




CONTOH SELOKA

kalau dimakan menjadi haram,
jika bersentuhan perlu disamak,
lain pula dengan bukan mahram,
dua-dua pun haram… aallaamaak….
alamak..dia sudah berpantun,
mai sini turn aku pulak,
tak guna kalau  bersopan santun,
tapi  buat benda haram jugak…
tapi  buat benda haram jugak,
sebab taqlid dengan sekeliling,
menuruti buta tuli dan pekak,
diri sendiri khayal dan pening….
diri sendiri khayal dan pening,
tala ke hulu tala ke hilir,
tak tau apa yang paling penting,
ada otak tak mau fikir..
ada otak tak mau fikir,
main tala tak kenal punca,
hanyut dan karam hingga ke akhir,
enak dan lazat dengan dunia…
…………………………………………………
kalau sentuh babi boleh samak,
apa nak buat kalau sentuh pompuan bukan mahram?
saya pun nak tau jugak,
sapa2 boleh bagi saya faham?
sapa2 bleh bg kami faham?
sampai sekarang masih benak,
tolonglah tolong otak dah lebam,
biasalah kami ini anak-anak…
faham tak paham saya pun tak faham
dalam tak paham tapi tau buat
memang otak dah pun lebam
bukan ke wajib bertaubat..
dalam tak faham tapi tau buat,
jika tau buat maknanya faham,
janganlah tambah akar yg berselirat,
macam mana nak taubat kalau masih kelam??
akar dan akal dah berselirat,
pulun sampai sakit urat belikat,
dari kecik  suruh buat, buat, buat!!
kalau tak buat, kata tak taat…
kalau tak buat kata tak taat,
jangan-jangan boleh kena sebat,
nak tak nak kenalah buat,
makinlah lama makinlah sesat….
makin lama makinlah sesat,
apa yg dibuat rasa dah tepat,
kalau ada lain pendapat,
terus tolak bulat-bulat…
 saudara berpantun memang hebat
terpanggil diri nak join sekali
nak tak nak kenalah buat
mcm mana ni…nak wat apa lagi ni???
nak buat lagu mana lagi?
dah lagu tu…
depa kata kena pergi ngaji.
baru la tahu…
depa kata kena pergi ngaji,
depa kata lagi kena cari guru,
macam mana kita nak yakin pasti,
ustaz ka guru sekarang ni bercelaru…..
sudah celaru tambah celaru,
mana nak cari ustaz atau guru,
mursyid tak mursyid mana nak tahu,
last2 kita yg jadi dungu…
haruuu.. haruuu...
kita yang jadi dungu ikut guru,
ikut-ikutan semakin buntu,
tidak terjawab apa yang tak tahu,
tapi terperangkap dalam ragu….
depa kata kena cari guru??
awat sekarang ini becerlaru??
sudah hamba pun tak tahu
nak buat macam mana..dah lagu tu…
nak buat macam mana..dah lagu tu,
guru yang ada ikutan yg dulu,
kita yg dungu turutkan perahu,
tanpa dayung dan hala tuju…
tanpa dayung dan hala tuju…
itu lagi celaru
dosa pahala dah tak tau..
lagi hidup  jadi haru biru,,
terima kasih..tumpang lalu.. :)
sama2 tumpang lalu,
apasal nk minta diri pula,
diri lu hak lu,
tak yah nak minta-minta…
tak yah nak minta-minta,
bukan dia masa nak bagi-bagi,
sendiri pun bukan empunya,
nak minta kat siapa lagi??
 minta bagi minta bagi,
doa dapat doa dapat,
kalau dok rasa kita punya lagi,
conform api kat akhirat..
konfom tuu..
conform api kat akhirat,
tapi masih tak sedar lagi,
apa nak kisah apa nak buat,
selamat sampai ke destinasi…..
semua menuju ke destinasi,
tak tau timbul atau tenggelam,
cik love ayuni..
takkan tangkap gambar pun haram?
takkan tangkap gambar pun haram?
dalil mana yang diguna pakai,
janganlah ikut suka main hentam,
marilah belajar gunakan akai….
janganlah ikut suka main hentam,
guna akal guna ilmu,
haha..cik wan sudah geram,
aku pn nak chow dulu…
aku pun nak chow dulu,
sapa yang rajin bolehlah sambung,
ada masa dilain waktu,
mungkin akan kembali rabung…
……………………………………………………..
bukan nk bicara yg tersurat,
tapi nak bincang yg tersirat,
itu yg jadi matlamat,
sama2 saling ingat-mengingat..
sentuh degan sengaja wanita bukan mahram,
hukumnya dah pasti haram,
sebab takut nanti jadi geram,
mulalah nk hentam-menghentam.. :)
bertempuh tapi tak bersentuh,
itu hanya kalau tak bertepi,
mesti kena yakin sungguh-sungguh,
sekalian alam Tuhan meliputi…
pantun berpantun suka sekali,
umpama silat empunya tari,
buah pantun itulah isi,
agar sama kita fahami…


Peranan Seloka:-
1.Sebagai hiburan.
2.Untuk mengejek seseorang secara berkias.
3.Menyindir secara serius atau jenaka.
4.Sebagai pengajaran atau panduan untuk masyarakat.
5.Untuk menggambarkan sesuatu perasaan.

Ciri-Ciri Seloka:-
1.Tiap bait terdiri daripada 2 baris panjang.
2.Ritma akhir adalah tidak tetap.
3.Isi bait 1 dengan berikutnya saling berhubungan.
4.Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap.
5.Tidak terikat oleh persajakan
6.Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.


HASIL CIPTAAN,


cinta cinta,,

bercinta bercinta juga
solat itu jangan dilupa
jangan fikir dah besar kepala,
kau ingat dunia ini kau yang punya??

pergaulan kita ada batasnya,
jangan ikowt nafsu kau sahaja
dosa pahala tak ambil kira
apa kau nak merasa masuk neraka???

bila tersentuh tak pa katanya
mulalah berlaku adegen tak sepatutnya, 
syaitan ketawa lalu berkata, dah ada geng nanti kat neraka,
inilah akibat ambil mudah soal agama,, bodohnya,,,,

khayal bercinta jiwang jadinya
dari tak tahu sudah pandai bersastera,
janji manis mula diberinya
apabila kecewa mulalah nak merana, ha padan muka:)

masa enjoy tak ingat dunia
sehidup semati itu janjinya,
bila dah sayang maruah digadainya,
apa kau sudah tiada agama???

dulu dah nasihat tidak diendahkannya
bila dah terlanjur baru nak menyesal perbuatannya
perut membuncit malu jadinya
sekarang nak salahkan siapa?? naya naya,,,

suruh bertaubat nanti katanya
bila dah nazak  susah jadinya,
masa tu nak menyesal pun dah tak guna,
ha padan muka, sekarang salah siapa??

inilah dia cinta remaja
terasa dunia dia yang punya
nak menyesal pun dah tak guna,
padi dah jadi nasi la,, hahaha,,, :)

wahai pembaca beringatlah juga
kita didunia hanyalah sementara
akhir kata daripada kesedihan haty berbicara
semoga kita menjadi hamba yang bertakwa, :)


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 01:43

0 comments  

SYAIR




CONTOH SYAIR

inilah suatu malam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri

PERANAN/CIRI2

Syair dikatakan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam Bahasa Melayu, istilah syair menjadi istilah yang khusus.Mengikut Harun Mat Piah 1989,syair Melayu dikatakan tidak beracunkan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan Melayu asli masyarakat Melayu sendiri.Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma, Fusus Al-Hikam,Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Peranan syair:-
1.Sebagai medium untuk berdakwah
2.Sumber kepada ilmu pengetahuan
3.Sebagai nasihat\pengajaran
4.Sumber sejarah dan budaya masyarakat
5.Sebagai media untuk berkomunikasi antara satu sama lain
6.Sebagai sumber hiburan
7.Untuk mengisi masa lapang
8.Dinyanyikan atau dilagukan untuk mengiringi tarian tertentu.


Ciri-Ciri Syair:-
1.Tiap bait terdiri daripada empat baris.
2.Biasanya stia baris mengandungi 8-12 suku kata
3.Syair bersajak sama a-a-a-a
4.Keempatnya terdiri daripada rangkaian cerita, tidak ada sampiran.

HASIL CIPTAAN

syair buat sang pencinta

semua orang tahu bercinta
bercinta juga ada caranya
batas pergaulan harus dijaga
agar diri lebih terpelihara

jangan sebab cinta, allah dilupa
lupa tanggungjawab sebagai hamba
buat apa sahaja ikot kepala
halal dan haram main bedal saja,

cintailah dia secara sederhana
agar kamu tidak kecewa
ada jodoh tak kan ke mana
insyaallah akan kahwin juga,

apabila bercinta jagalah batasnya
halal dan haram ada hukumnya
jangan ikot nafsu sahaja
sudah terlanjur tiada guna,

apabila putus cinta janganlah kecewa
munkin ada yang lebih baik buat kita
berserah sahajalah pada allah taala
janji allah itu pasti ada,,

apabila bercinta janganlah memuja
apabila putus mulalah kecewa
hanyalah mati dalam pemikirannya
kerana cinta tergadai imannya,,

cinta abadi itu hanyalah pada yang maha esa
kita semua hanyalah hambanya
cinta didunia, bersifat sementara 
selepas dunia akhiratlah destinasi kita,

letakkanlah dalam haty allah yang utama
harus diingat kita masih ada agama
pesanan akhir dari kesedihan haty berbicara
semoga kita menjadi hamba yang bertakwa


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 00:16

0 comments  

Wednesday, 6 June 2012

PANTUN EMPAT KERAT


CONTOH PANTUN

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajar nasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung


1.Sebagai lagu dan nyanyian untuk tujuan berhibur.
2.Memberikan nasihat dan tunjuk ajar  yang baik.
3.Menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih.
4.Salah satu daripada teknik menyindir atau menempelak seseorang dengan lebih sopan.
5.Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati atau hajat..
6.Salah satu cara untuk menguji ketangkasan seseorang berfikir
7.Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.


Jenis Pantun:-
1.Pantun 2,4,6,8,10,12 kerat
2.Pantun terbahagi kepada pantun nasihat,adat,agama,teka-teki,jenaka dan juga peribahasa.
3.Pantun berkait.


Bentuk\Ciri-Ciri Pantun:-
1.Terdiri daripada 4 baris dalam satu rangkap.
2.Mengandungi pembayang dan maksud pantun.
3.Bunyi ritma akhir pantun ialah a, b, a, b
4.Jumlah perkataan dalam sebaris 4-5 patah perkataan.
5.Maksud pantun adalah sarat dengan moral dan jenaka.

HASIL CIPTAAN,


pergi menangkap seekor  buaya
belum dipegang sudah dilibas
apabila tiada didikan agama
mulalah berlaku pergaulan bebas

duduk melepak sana sini
sambil melepak berpegangan tangan
remaja sekarang memang begini
apabila dinasihat tidak diendahkan

sudah melepak bersiar siar pula
sedang bersiar ternampak pak aji
apabila ditegur dimarahnya kita
lagaknya seperti suami isteri

selepas bersiar berpelukan pula
kononnya romantik pasangan kekasih
dosa pahala diabaikan sahaja
sudah terlanjur tak guna bersedih

akhir kata daripada saya
disuruhnya allah supaya kita beribadat
hidup didunia hanya sementara
berubahlah sahabat sebelum terlambat,


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 23:14

0 comments  

Newer Posts Home

Facebook Badge

Kesedihan Haty Berbicara

Create Your Badge

no copy and paste

SYAFIQ

SYAFIQ ZAMRI ^__^

jam

kesedihan haty berbicara


Followers



float




bunga



sparkle

c n p

Feedjit

my playlist





welcome

alert msj

Blog Archive

  • ▼ 2012 (12)
    • ► August (1)
    • ► July (2)
    • ▼ June (9)
      • GAYA BAHASA
      • SAJAK
      • TEROMBA
      • MANTRA
      • TALIBUN
      • GURINDAM
      • SELOKA
      • SYAIR
      • PANTUN EMPAT KERAT

About Me

Unknown
View my complete profile
Visitors
Locations of Site Visitors