AKU TIDAK MAHU LAGI
aku tidak mahu lagi,
jadi saksi kepada kebenaran,
kerana kebenaran sering disalah ertikan,
menjadi tidak benar lagi,
aku tidak mahu lagi,
jadi saksi kepada kepalsuan,
kerana kepalsuan sering diputar belitkan,
menjadi tidak palsu lagi,
aku tidak mahu lagi,
jadi saksi kepada pembunuhan,
kerana pembunuhan sering dibolak balikkan,
sehingga pembunuh langkah tenang,
aku tidak mahu lagi,
jadi saksi kepada penipuan,
kerana penipuan sering disalah tafsirkan,
hingga penipu bersiul riang,
Maksud Sajak
Rangkap 1
Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah
anggap. Orang yang benar dianggap telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2
Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu
telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.
Rangkap 3
Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh
terselamat daripada hukuman.
Rangkap 4
Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira
kerana berjaya menipu.
Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang
sedang berlaku di kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat.
Perkataan “saksi” boleh diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau
penyajak tidak mahu dipertanggungjawabkan. Maksud yang lain pula, penyajaktidak
mahu melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.
Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu
yang sering berlaku di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam
persekitaran masyarakat penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum
sahaja tanpa menyatakan siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar
situasi tersebut berlaku.
Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada
pihak telah berjaya menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri
mereka. Kebenaran telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar.
Dari sudut keadilan pula seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan
bebas dari hukuman. Golongan yang suka menipu pula sangat gembira kerana
berjaya meyakinkan orang ramai bahawa dirinya benar.
Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1- Pemimpin masyarakat
(golongan berpengaruh)
2- Media
3- Hakim
4- Peguam
5- Ahli politik
6- Ulama'
7- Pelajar
8- Penulis
9- Wartawan
1- Orang awam (massa)
0 comments:
Post a Comment