-->
� Pimp-My-Profile.com
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
skip to main | skip to sidebar

kESusasTErAaN MelAYu dAN komUNIkaTiF

 

Saturday, 11 August 2012

pertemuan di hyde park

Pertemuan di Hyde Park oleh Adi Badiozaman Tuah
Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia Hyde Park ialah seperti berikut:
Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.
  
Taksiran Tentang Sajak
Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park. Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada sebuah ladang huma milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu.

Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.

Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan kembali  menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.

Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan.  Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah  memberontak pada tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini mencatatkan seperti berikut:
“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara”

Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).

Perkataan yangperlu difahami:
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.

Pemikiran Sajak.

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).

Persoalan.
1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.

Aspek Estetik.

1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi


sHaRING is CariNG ^__^

Posted by Unknown at 22:17

0 comments  

Newer Posts Older Posts Home

Facebook Badge

Kesedihan Haty Berbicara

Create Your Badge

no copy and paste

SYAFIQ

SYAFIQ ZAMRI ^__^

jam

kesedihan haty berbicara


Followers



float




bunga



sparkle

c n p

Feedjit

my playlist





welcome

alert msj

Blog Archive

  • ▼ 2012 (12)
    • ▼ August (1)
      • pertemuan di hyde park
    • ► July (2)
    • ► June (9)

About Me

Unknown
View my complete profile
Visitors
Locations of Site Visitors