Pertemuan di Hyde Park oleh Adi Badiozaman Tuah
Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum
memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park.
Menurut Wikipedia Hyde Park ialah seperti berikut:
Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai
taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630
ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8
orang mati.
Taksiran Tentang Sajak
Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang
tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park.
Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada
sebuah ladang huma milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian
yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu.
Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan
dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki
adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.
Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang
tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa
(lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan kembali
menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.
Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat
beberapa keadaan yang perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat
penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai
taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota London.
Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat
seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi
tempat awam masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial termasuklah
berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan tentang
serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada tahun 1982. Lalu
penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana
tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini
mencatatkan seperti berikut:
“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan
keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima
tanpa bicara”
Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia
ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak
pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan
sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde
Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).
Perkataan yangperlu difahami:
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.
Pemikiran Sajak.
Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk
menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah
warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai
penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan
semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa
mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde
Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya
memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian
rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan
komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman
penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini
dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak
sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang erti “sebuah tanah”
(rangkap 3 hlm. 19).
Persoalan.
1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan
mengakibatkan kemusnahan.
Aspek Estetik.
1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi